SEBUAH kapal dalam proses mengisi minyak di jeti PETRONAS Mega Methanol berdekatan kawasan Pulau Eno, Labuan, meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan lima pekerja yang berada di atas kapal hilang,
Kebakaran dilaporkan berlaku di atas kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC
Berhad 'Bunga Alpinia' di Labuan, Sabah, awal pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, MISC berkata kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam Filipina.
"Pada masa ini, 24 (anak kapal) telah selamat dibawa ke pantai," katanya.
Kapal tersebut berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd apabila kejadian itu berlaku kira-kira 2.30 pagi.
"Tiada butiran lanjut mengenai kejadian diperoleh setakat ini," kata kenyataan itu.
MISC berkata semua pihak berkuasa telah diberitahu mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang bekerjasama untuk memberi bantuan yang sewajarnya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan